Sunday, May 19, 2013

Petua Menjaga Bibir...Aku



So kali ni nk menceritakan pasal keshantikan pulak yee.. Jom servey petua petua menjaga bibir..and sila abaikan pic tersebut sebab model kat atas itu tak pakai lipstik pn..hanya sekadar Lipice Sheer Color..yang wawa zainal punya iklan tu, bajet moga akan comel cm beliau..erkk. loya jap..huhu. Jom3

Bibir mempunyai lapisan kulit yang paling nipis iaitu hanya 3-5 lapisan sedangkan bahagian kulit lain mempunyai sehingga 16 lapisan. Bibir juga tidak mempunyai sebarang bulu, mahupun kelenjar peluh dan juga kelenjar sebum yang menghasilkan sebum yang bagus untuk melembapkan kulit. Kerana itulah bibir adalah bahagian yang paling cepat kering, paling sensitif, dan paling mudah 'berumur' berbanding bahagian lain pada wajah kita. Seeloknya anda menjaga bibir dengan sebaiknya.

Bila Siang
Tabiat menyapu pelembab bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini adalah asas yang paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir anda tidak basah supaya pelembab bibir boleh diaplikasikan dengan sempurna pada bibir, atau bibir yang kering dan merekah akan jadi lebih teruk. Sapulah pelembab bibir yang mengandungi SPF untuk melindungi bibir dari kesan cahaya matahari.

Jangan Gigit
Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya faktor utama bibir anda menggelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering, segeralah menyapu lip balm sekerap mungkin sepanjang hari.

Bila Malam
Sebelum tidur, kesat semua kesan gincu bbir dengan gentle make-up remover, kemudian ambil kain lembut yang dilembabkan, dan gosok dengan perlahan di permukaan bibir. Ia untuk menanggalkan semua sel-sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis-nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

P/S : Sekarang sedang kurangkan penggunaan lipstik untuk kelihatan lebih natural, natural kee?? ehehe. Tak kesah la asalkan Mr Right suka. Cantik dimata yang tersayang lagi baik dari cantik dmata mata semua orang..yeke?? orang kata laa..hehe. okeii bye!


No comments: