Saturday, March 30, 2013

delicious ! okeii !

Inila dia rutin harian cik lily dkala kelapangan waktu, usha resepi kek n makanan makanan mcm mcm lagi.. Best tau bila dapat masak. Hmm agak malang en.hubby nanti yer sebab i akan paksa rela beliau makan dgn jayanya. eheh. Jom cuci mata sementara tunggu bis time keje..cehh kantoi distu, nasib baik cing peng xfolo i nye belog..kikiki















Happy Birthday Hubby?? ehh. wink2 :)

Thursday, March 28, 2013

Gojes Dimata Yang Tersayang

Gojes dimata yang tersayang ! Tajuk entry tak nak kalah disitu okeii, semangat bekobar kobar ni nak jadi menawan moga hati dapat ditawan. ewah ayat sanskrit tu. Tak kesah la yang penting sekarang perlu berubah, dulu slim n skrg tak berapa nak slim..hmmm maka dengan itu sila la do something okehh. Jom usha slimming set ni, cam okeii aje, rege pun xde la meletop sangat..jimat duet.hehe.



Set ini direka untuk memberi lebih 70% KESIHATAN dan 30% membentuk KONTUR keseluruhan badan supaya nampak menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Teknologi pembuatan ZIRANA 5 IN 1 INFRARED SLIMMING SET adalah yang terbaik kerana gabungan pakar-pakar perubatan dan kecantikan Jepun. Fabrik yang terhasil adalah berteknologi tinggi dan canggih.


1) Siri Pembentukan Kontur Payudara (Camisole)- melangsingkan badan dan membentuk payu dara yang mempesona


2) Siri Pembentukan Kontur Pinggang (Short Pants)- melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping


3) Siri Pembentukan Kontur Pinggul (Panties)- mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok


4) Siri Pembentukan Lengan (Hand Sock 1 & 2)- membentuk lengan lebih kemas dan tidak menggeleber

KEISTIMEWAAN FIR (FAR INFRA RED):

Memperbetulkan perjalanan darah dalam tubuh
Meningkatkan kadar metabolisme
Memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
Mengelakkan pertumbuhan bakteria
Mengeluarkan peluh asid
Menggalakkan tumbesaran lebih teratur
Mengekalkan kesegaran badan
Mengurangkan kandungan asid dalam darah
Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan atau tempat yang sakit
Tidur lebih nyeyak
Menghilangkan bau badan
Menghilangkan kulat dan fungus
Membersihkan udara dalam badan
Membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik

P/S : Tak sabar nak tengok testimoni cik Lily. Moga beliau makin slim n gojes. wink2 :)

Petua Untuk Kekal Ayu

Nak ayu tu senang, nak kekal ayu tu susah. maka dengan itu marilah sama - sama kite amalkan petua - petua ini dengan girangnya.. jom!

1. Kejelitaan - Menjaga kejelitaan semula jadi dengan tidak memakai bahan-bahan luaran (mekap) yang bersifat palsu semata-mata tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.

2. Masa - Gunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif. Jangan banyak berangan-angan.

3. Tidur - Tidur awal setiap malam dan bangun awal pagi untuk solat subuh. Elakkan tidur siang hari.

4. Suara - Gadis ayu juga memerlukan penjagaan suara. Latih diri bercakap dengan lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.

5. Berbahasa - Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuruan budi seperti ‘tolong’ dan ‘minta maaf’, serta ‘terima kasih’. Jangan menggunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti ‘bosan’, ‘very annoying’, ‘menyampah’, ‘benci’ dan sebagainya kerana keadaan ini akan menyebabkan muka anda menjadi berkerut dan masam.

6. Kulit Badan - Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Amalkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan segar untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Gunakan sabun yang tidak banyak merosakkan kulit.

7. Kulit Wajah - Kalau ada jerawat yang tumbuh pada muka, gunakan pencuci muka dan ubat jerawat. Penggunaan sabun akan membuatkan kulit muka kering manakala pencuci muka memang dirumuskan khas untuk wajah. Kulit badan dan kulit muka adalah berbeza kombinasinya.

8. Rambut - Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Ketika menyikat rambut,, ulangi sikat ke seluruh bahagian kepala untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Namun kalau anda ingin rambut menjadi ikal mayang, jangan sisir rambut dengan sikat tetapi gunalah jari.

9. Cara Jalan - Jangan jalan mengengkang atau jalan bersepah. Jalanlah dengan tertib.

10. Cara Duduk - Bersimpuhlah bila berada di bawah (lantai) dan bersila panggung atau rapatkan kaki apabila duduk di atas kerusi. Elakkan cara duduk mengangkang.

Mengenai Tabiat Wanita

Tafsiran Kitab Tajul Muluk Mengenai Tabiat Wanita

Jika dilahirkan pada hari ISNIN:

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

Jika dilahirkan pada hari SELASA:

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Jika dilahirkan pada hari RABU:

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik di tempat tidur dan pandai berasmara.. ohho cik lily ari rabu kee :)


Jika dilahirkan pada hari KHAMIS:

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tidak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tidak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Nafsu seksualnya tinggi, jika tidak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


Jika dilahirkan pada hari JUMAAT:

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tidak suka dipaksa.

Jika dilahirkan pada hari SABTU:

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Jika dilahirkan pada hari AHAD:

Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan cari jalan lain.

Friday, March 15, 2013

Takut Nye nak Cantek

> Sensual Whitening Cream [ NOT100751321K] - Mengandungi Merkuri.
> NV Toner Treatment No 1 [NOT05010130KE] - Mengandungi Hydroquinone & Tretinoin.
> NV Toner Treatment No 2 [NOT05010129KE] - Mengandungi Hydroquinone & Tretinoin.
> Zara Rejuvenation Cream [NOT04081873KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream [NOT081201209K] - Mengandungi Tretinoin.
> Pigmentation Recovery Complex [NOT081200745K] - Mengandungi Tretinoin.
> De Putih Night Cream [NOT05100878KE] - Mengandungi Tretinoin.
> BML HB LOTION [NOT090701336K] - Mengandungi Tretinoin & Hydroquinone.
> Krim Malam Shana [NOT090600820K] - Mengandungi Tretinoin & Hydroquinone.
> Natasya Gold Krim Herba [NOT091100971K] - Mengandungi Tretinoin & Hydroquinone.
> Biotox Whitening Hydro Cream [NOT007061310K] - Mengandungi Dexamethasone.
> Yoko Whitening Cream [NOT080100330K] - Mengandungi Tretinoin.
> Sue Beauty Night Treatment Cream [NOT080600138K] - Mengandungi Tretinoin.
> Felisa Gentle Peeling Solution [NOT07080210KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Krim Malam Rahsia Rimba [NOT080801112K] - Mengandungi Hydroquinone.
> Biocosmet Whitening EssenceCream [NOT07122920KE] - Mengandungi Hydroquinone
> ~H2O+ Waterwhite BrighteningNight Cream [NOT04102838KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Magixpress Lightening Plus [NOT07121009KE] - Mengandungi Hydroquinone
> A.Vant Cream [NOT05022860KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Eriesya Spa Beauty Cream [NOT07122412KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Natasya Krim Herba Gold [NOT07090337KE] - Mengandungi Hydroquinone & Tretinoin.
> Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya [NOT03090150KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Ratna Sari Whitening Night Cream [NOT080700826K] - Mengandungi Tretinoin.
> ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream [NOT04082451KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Chantique - Whitening Night Cream [NOT04121404KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Khazanah White PembersihWajah [NOT05040954KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Gloskin Krim Malam & Siang [NOT05082557KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Reena's Astringen Lanjutan [NOT05010659KE] - Mengandungi Hydroquinone
> Skin Desires Deep WhiteningCleansing Milk [NOT07020213KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> EETYE Whitening Cream [NOT06080859KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> O'Lynn Skin Lightening Cream [NOT06110164KE] - Mengandungi Tretinoin.

Racun berjadual iaitu kimia ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ yang ditakuti boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah. Dalam beberapa kes dilaporkan sebelum ini, hydorquinone bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa wanita yang memakainya.

Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Sumber : Fesbuk

Friday, March 8, 2013

Saye Sedang Bz

Assalamualaikum w.b.t

dan salam satu malesia..ewah najip la pulak yer..almaklumla musim pilihanraya ni smngat lebih sket walaupun aku xdaftar pn lagi..huhu.. Hmm sgt lama dh xberbelog ni..maklumla sbln dua ni sgt bz keje baru.. Ye arr ni 1st time msuk industry..hmmm so far okeii la xdela horror sgt kejenya..and yg best adelah aku dh ilang 3kg lemak tepu..yehaa!! Mmg patut la coz typ ari aku kna ronda 1factory tuu..every department okehh.. Dari melayu, chinese, india, vietnam, sampai ke myammar dh kenal i...

Tp tp yg paling xleh tahan dr chek drawing, quality control, claim, costing material kna wt..kdg - kdg tfikir jgk aku ni keje position ape yerr..dh mcm rojak ni.huuuhu. Xkesah pun asalkn sume okeii aje..