Thursday, March 28, 2013

Petua Untuk Kekal Ayu

Nak ayu tu senang, nak kekal ayu tu susah. maka dengan itu marilah sama - sama kite amalkan petua - petua ini dengan girangnya.. jom!

1. Kejelitaan - Menjaga kejelitaan semula jadi dengan tidak memakai bahan-bahan luaran (mekap) yang bersifat palsu semata-mata tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.

2. Masa - Gunakan masa untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif. Jangan banyak berangan-angan.

3. Tidur - Tidur awal setiap malam dan bangun awal pagi untuk solat subuh. Elakkan tidur siang hari.

4. Suara - Gadis ayu juga memerlukan penjagaan suara. Latih diri bercakap dengan lembut, tidak sengau atau suara yang terlalu kuat.

5. Berbahasa - Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuruan budi seperti ‘tolong’ dan ‘minta maaf’, serta ‘terima kasih’. Jangan menggunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti ‘bosan’, ‘very annoying’, ‘menyampah’, ‘benci’ dan sebagainya kerana keadaan ini akan menyebabkan muka anda menjadi berkerut dan masam.

6. Kulit Badan - Kebersihan perlu sentiasa dijaga. Amalkan makan ulam-ulaman dan buah-buahan segar untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Gunakan sabun yang tidak banyak merosakkan kulit.

7. Kulit Wajah - Kalau ada jerawat yang tumbuh pada muka, gunakan pencuci muka dan ubat jerawat. Penggunaan sabun akan membuatkan kulit muka kering manakala pencuci muka memang dirumuskan khas untuk wajah. Kulit badan dan kulit muka adalah berbeza kombinasinya.

8. Rambut - Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap. Ketika menyikat rambut,, ulangi sikat ke seluruh bahagian kepala untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Namun kalau anda ingin rambut menjadi ikal mayang, jangan sisir rambut dengan sikat tetapi gunalah jari.

9. Cara Jalan - Jangan jalan mengengkang atau jalan bersepah. Jalanlah dengan tertib.

10. Cara Duduk - Bersimpuhlah bila berada di bawah (lantai) dan bersila panggung atau rapatkan kaki apabila duduk di atas kerusi. Elakkan cara duduk mengangkang.

No comments: