Friday, March 15, 2013

Takut Nye nak Cantek

> Sensual Whitening Cream [ NOT100751321K] - Mengandungi Merkuri.
> NV Toner Treatment No 1 [NOT05010130KE] - Mengandungi Hydroquinone & Tretinoin.
> NV Toner Treatment No 2 [NOT05010129KE] - Mengandungi Hydroquinone & Tretinoin.
> Zara Rejuvenation Cream [NOT04081873KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream [NOT081201209K] - Mengandungi Tretinoin.
> Pigmentation Recovery Complex [NOT081200745K] - Mengandungi Tretinoin.
> De Putih Night Cream [NOT05100878KE] - Mengandungi Tretinoin.
> BML HB LOTION [NOT090701336K] - Mengandungi Tretinoin & Hydroquinone.
> Krim Malam Shana [NOT090600820K] - Mengandungi Tretinoin & Hydroquinone.
> Natasya Gold Krim Herba [NOT091100971K] - Mengandungi Tretinoin & Hydroquinone.
> Biotox Whitening Hydro Cream [NOT007061310K] - Mengandungi Dexamethasone.
> Yoko Whitening Cream [NOT080100330K] - Mengandungi Tretinoin.
> Sue Beauty Night Treatment Cream [NOT080600138K] - Mengandungi Tretinoin.
> Felisa Gentle Peeling Solution [NOT07080210KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Krim Malam Rahsia Rimba [NOT080801112K] - Mengandungi Hydroquinone.
> Biocosmet Whitening EssenceCream [NOT07122920KE] - Mengandungi Hydroquinone
> ~H2O+ Waterwhite BrighteningNight Cream [NOT04102838KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Magixpress Lightening Plus [NOT07121009KE] - Mengandungi Hydroquinone
> A.Vant Cream [NOT05022860KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Eriesya Spa Beauty Cream [NOT07122412KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Natasya Krim Herba Gold [NOT07090337KE] - Mengandungi Hydroquinone & Tretinoin.
> Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya [NOT03090150KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Ratna Sari Whitening Night Cream [NOT080700826K] - Mengandungi Tretinoin.
> ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream [NOT04082451KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Chantique - Whitening Night Cream [NOT04121404KE] - Mengandungi Tretinoin.
> Khazanah White PembersihWajah [NOT05040954KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Gloskin Krim Malam & Siang [NOT05082557KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> Reena's Astringen Lanjutan [NOT05010659KE] - Mengandungi Hydroquinone
> Skin Desires Deep WhiteningCleansing Milk [NOT07020213KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> EETYE Whitening Cream [NOT06080859KE] - Mengandungi Hydroquinone.
> O'Lynn Skin Lightening Cream [NOT06110164KE] - Mengandungi Tretinoin.

Racun berjadual iaitu kimia ‘hydroquinone’ dan ‘tretinoin’ yang ditakuti boleh membunuh sel kulit wajah selain meresap ke dalam saluran darah. Dalam beberapa kes dilaporkan sebelum ini, hydorquinone bertindak balas dalam aliran darah pengguna seterusnya menyebabkan barah, kemandulan, penyakit hati dan ginjal, sekali gus mengancam nyawa wanita yang memakainya.

Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor. Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, kulit menggelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit. “Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Sumber : Fesbuk

No comments: