Monday, December 17, 2012

Tips Pengambilan Vitamin Saye

Assalamualaikum w.b.t

Disini ade sedikit info yang ingin dkongsi tentang pengambilan vitamin, ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yg merasakan tidak mendapat apa2 manfaat dari pengambilan vitamin @ supplement mereka disebabkan beberapa faktor, antaranya adelah, jeng jeng jeng:

Pengambilan Air Kosong
- Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong & lebih suka yg berwarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh boleh berlaku dgn lebih baik.
- Dulu saye sangatla susah nk minum air kosong, tapi sekarang ni memang xbole nk idup tanpa air kosong, bangun tdo n sebelum tdo memang sangat perlukan air kosong. Sebab tu botol air sentiasa bersama xkira dmana saye berada. :)

Elakkan Makan Vitamin Banyak Sekaligus Pada 1Masa
- Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus,ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa2 tertentu.
- Ramai yg suka amalkan ini apabila waktu kita hendak tidur,sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih2kan pengambilan vitamin anda. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada 1masa tertentu sahaja.

Elakkan pengambilan Vitamin Bersama Ubat
- Amalkan vitamin dgn menjarakkan 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
- Semenjak mengambil vitamin, saye dah kurang ambil ubat ubatan ini, kalau sakit yang teramat sangat je, tu pun panadol sebijik yang dpotong dua..punya la xsuka kn ubat..hmm kenapa la ubat ni xbest sangat

Kurangkan Pengambilan Kafein
- Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yg sedia ada dlm tubuh bdan kita,,jika kafien diambil secara berterusan boleh membazirkan vitamin yg kita amalkan selama ini.
- Ingat tu jangan membazir, vitamin ni bukan nye harga doblas inggit, mau nya beratusan juga harga nye.

Pantang Larang Makan Vitamin.
- Tahukah anda pengambilan multivitamin yg lengkap dgn zat besi tidak boleh diambil bersama susu? Ini kerana ia mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
- Haa jangan ingat besalin je ade pantang, makan vitamin pun ade pantangnya ni, maka dengan itu sila la berpantang dengan jayanya. Alhamdulillah setakat hari ini saye masih lagi berpantang, bab bab berpantang ni saye memang A++. yeke?? :)

p/s : yang paling penting jangan lupa doa yang berterusan kerana kecantikan dari dalaman akan terpancar untuk kecantikan luaran. sehingga ketemu lagi. jom tdo dengan girangnya sebelum stat keje baru, taun baru, hidup baru, bf baru. ehh..huhu. k bye !

No comments: