Monday, March 29, 2010

sUkE sUkI




Kuda Makan Rumput

Seorang guru Pedidikan Seni sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya.
Cikgu: Lukisan apa yang kau buat ni Abu, kosong je?
Murid: Kuda makan rumput, cikgu.
Cikgu: Rumputnya mana?
Murid: Sudah habis dimakan kuda, cikgu.
Cikgu: Habis tu, kudanya mana?
Murid: Sudah pergi, cikgu. Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?


Gabra Punya Pasal

kat baling ada satu famili...
famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.
satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia.
tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada..
kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut..
semua dh gabra..sambil pegang2 dada...ayah mertua dia pengsan..
tk sedar..pastu macam sedar tk sedar..

menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan.
dia gabra jugak...pastu bini dia pun surh sambil tolak2 bahu...
mak dia suruh lagi...
dh gabra sgt, dia pun buat..
dia letak kt telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap...

"MA ROBBUKA...."""
terkejut bini n mak mertua dia..
tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound..
"OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'""
sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..

sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal..dia dah jadi malaikat..


Kisah doktor muda

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.

Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.

Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,

"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan..."
ekekeke..

Pak pandir dengan Waja Silver

Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada kita?" kata Pak Pandir.
"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.
"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...
"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk- nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.
"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"


Kedai Roti

Ajis begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Ajis.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Ajis lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Ajis mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Ajis.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Ajis dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Ajis terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Aijs pun pulang kerumah. Ajis menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Ajis terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Ajis mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Ajis bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Ajis ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur
dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Ajis.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

moralnya selalulah tolong menolong isteri anda.


3 Lelaki & Dewa

ada 3 orang sahabat, mereka pergi berjumpa dengan dewa untuk meminta agar dewa tersebut menunaikan hajat masing2 untuk memuaskan nafsu mereka yang berlainan. setelah berjumpa, DEWA telah mengenakan syarat iaitu mereka boleh meminta apa saja asalkan mereka sanggup untuk berada di dalam gua selama 10 tahun. maka mereka pun bersetuju dan mereka pun menjelaskan permintaan mereka kepada dewa tersebut. sahabat 1 merupakan kaki botol lalu beliau telah meminta arak yang banyak. sahabat 2 merupakan kaki perempuan maka beliau pun meminta perempuan yang cantik-cantik. sahabat ketiga pula merupakan perokok yang hardcore lalu meminta bekalan rokok yang banyak. selepas itu dewa pun bersetuju untuk menunaikan permintaan mereka.
lalu masuklah ketiga sahabat itu kedalam gua masing2 untuk menikmati permintaan yang telah mereka minta tadi...
setelah 10 tahun berlalu maka tibalah masa mereka bertiga untuk keluar..
sahabat 1 keluar dengan keadaan yang sangat mabuk dan perut boroi giler kerana terlalu banyak minum arak. beliau pun berkata kepada DEWA "Terika kasih la dewa!".
sahabat 2 keluar dengan keadaan lembik dan tidak bermaya kerana hari2 melayan perempuan2 yang cantik2. beliau pun berkata "Terima kasih la DEWA".
sahabat 3 juga keluar tetapi dengan keadaan marah dan berkata "siot you la DEWA!!! bagi rokok tak bagi lighter"...


Tanya

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja laa.


Kerana cemas

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Erkkk..."

No comments: