Tuesday, March 30, 2010

tAhUkaH aNdA




OREN Baik Untuk Kesihatan Anda!

Tahukah anda yang oren adalah antara buah-buahan yang cukup menyihatkan?
Buah oren dikatakan berasal dari China Selatan & Indo-China. Ia merupakan sumber gula buah-buahan, serat terlarut, vitamin dan mineral yang tinggi. Kebanyakkan dari kita lebih gemar memakan buah oren dan minum jus oren kerana ia merupakan sumber Vitamin C yang murah dan mudah diperolehi. Badan kita tidak menjana Vitamin C, jadi kita perlu memakan bahan bervitamin C untuk kekal sihat.


Taugeh Bersihkan Usus Besar.

Mungkin ramai yang tidak gemar mengambil tauge. Tapi tahukah anda, sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada daripada jenis kacang hijau, alfafa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat, salah satunya kanavanin sejenis asid amino. Kanavanin dikatakan mampu melumpuhkan sel kanser leukimia usus besar dan pankreas. Selain itu tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang serta mencegah kereputan.


Info Tulang

Mengapa tulang tidak cukup kuat? Ketahui faktor yang menggangu penyerapan kalsium ke tulang. Kafein dan alkohol akan menarik kalsium serta merta ketika mengeluarkan air kencing. Akibatnya, kalsium didalam tubuh akan terbuang begitu sahaja. Selain itu juga kandungan alkohol yang sebahagian besar berisi gula, membuat pengamal alkohol kurang nafsu untuk makan dan mudah merasa kenyang. Kurang melakukan aktiviti fizikal. Bila kita melakukan gerakan seperti senaman dan aktiviti fizikal yang lain, secara automatiknya, kalsium akan mudah diserap tulang.

Halia penuh khasiat

Halia memiliki keistimewaan yang hampir sama dengan peppermint dan chamomile yang terdapat di dalam setiap ubat sakit perut dipasaran. Halia sering digunakan untuk menghilangkan gas dan mengurangkan rasa kembung serta sakit perut. Selain itu, halia juga sering disarankan untuk menangani masalah lain yang berkaitan perut seperti kejang, gejala mual dan muntah-mutah.


Barli bantu pulihkan tenaga.

Barli merupakan bijirin yang kaya dengan protein dan vitamin E. Air rebusan barli memulihkan tenaga bagi mereka yang baru sembuh daripada penyakit. Ia menyejukkan badan, melegakan rasa sakit kerongkong dan amat berkesan untuk meredakan perut yang meragam.

Senaman Tajamkan Ingatan di lewat Usia.

Senaman yang dilakukan setiap hari mampu memberi kesan kepada minda. Apabila oksigen dibekalkan ke tubuh dengan pengaliran yang sempurna, ia akan memberi kesan yang baik kepada otak. Minda juga akan lebih tajam dan lebih mudah untuk berfikir secara positif. Peningkatan kadar oksigen dan pelancaran darah keseluruh tubuh akan membolehkan golongan ini memberi lebih fokus dan dapat menguatkan daya ingatan. makanyer pergilah brsenam joging2 @ men badminton ptg2 cm sayer.lalalalal