Friday, November 30, 2012

Jom Kuruskan Diri Saya


Pabila umur dh makin meningkat maka lemak dalam badan pun makin la bertambah. beberapa tips yang bole dguna pakai jika ingin turunkan berat badan. walaupun saya rasa mcm susah je tp xpe jom torai aje :)

Gunakan tangga daripada guna lif.
Samaada anda menaiki tangga atau turun menggunakan tangga ia sebenarnya membakar 10 kali ganda kalori berbanding anda naik lif. Malah ada kajian mengatakan dengan menaiki 100 anak tangga sehari anda mampu mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 20%!

Parking jauh dari tempat yang dituju.
Orang lain selalu berebut tempat parking yang berhampiran tempat yang dituju. Anda buat sebaliknya. Percayalah ia dapat meningkatkan metabolisma anda kerana terbakarnya lebih kalori apabila berjalan ke tempat yang dituju. Selain itu anda tidak perlu lagi berebut tempat parking.

Berdiri & berjalan daripada duduk.
Jika anda kerja dipejabat dan kerja anda hanya duduk depan komputer sahaja, kali ini anda perlu ubah. Setiap 15 minit sila bangun dan berjalan sekitar tempat anda bertugas. Pastikan dalam tempoh anda bekerja tu lebih 10,000 langkah anda berjalan. Jika itu berjaya dilakukan, lebih kurang 350kcal anda telah terbakar sambil anda bekerja.

Masak sendiri daripada makan kat luar.
Apabila anda memasak, anda sebenarnya dapat menjimatkan kalori daripada makanan yang anda masak itu. Dengan cara menggunakan kurang minyak. Selain daripada itu, kelebihan masak sendiri ini memerlukan anda bergerak kesana kemari dalam menyediakan masakan. Disitu kalori anda terbakar lebih banyak daripada duduk sahaja menunggu makanan dihantar ke meja.

Basuh kereta sendiri.
30 minit membasuh kereta dapat membakar lebih kurang 200kcal. Malah ia menjimatkan duit poket anda.

hah! ini point ekstra saya bagi kat anda. Apabila menonton perlawanan bola sepak, sila aktifkan diri anda dengan bersorak dan melompat ya. Pergerakkan aktif itu sebenarnya dapat membakar lebih 30% lebih kalori daripada anda duduk sambil makan popcorn.

Kesemua tips d atas sudah pun saya lakukan dengan seikhlas hati, dengan harapan lagi 10 taun saya akan kurus dengan jayanya. yey !! :)

Sumber : fesbuk o_O

No comments: