Wednesday, November 28, 2012

Saya Akan Pergi


Assalamualaikum w.b.t

Untuk kesekian kalinya saya perlu bangun, berdiri dan meneruskan perjalanan ini. Sudah terlalu lama saya berdiri dan memandang ke belakang, iaitu kenangan. Memang xdapat dnafikan hidup ni umpama roda, kadang2 d atas kadang2 kita dbawah.

Suka duka tangis tawa hanya saya yang menanggung. di mana awak? oh awak sedang bahagia dengan dia. kn? maaf sebab saya slalu lupa akan hal itu. sekarang baru saya sedar betapa bodohnya saya. merosakkan hidup dan masa depan saya hanya kerana mereka. Xberbaloi bukan? Cukupla bertahun3 saya sebegitu, itu semalam tapi bukan lagi hari ini.

Sekarang sudah tiba masa untuk saya berubah, mempedulikan orang-orang yang ingin memdekati saya, memberi peluang kepada orang-orang yang menghargai saya, membuka hati untuk saya menerima kehadiran orang-orang yang cuba membahagiakan saya. Walaupun dhati saya hanya kekosongan yang ada, saya sentiasa berdoa agar suatu masa nanti akan ada orang-orang yang mampu buat saya tersenyum kembali.

Secara jujurnya saya sgt takut untuk bercinta lagi, untuk menyayangi, untuk setia, untuk berkorban, takut saya akan kecewa. tapi xmengapa kerna saya akan kuatkan semanagat, saya kuat saya ada kuarga yang menyokong setiap ketika. tatkala yang lain pergi meninggalkan saya, kuarga saya ada dsisi saya. dan yang pasti diriNya tetap ada bersama saya. Itulah sumber kekuatan saya. Terima kasih awak kerana tinggalkan saya, dengan cara itu saya makin dekat denganNya.




No comments: